elninoputat.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

<script type="text/javascript" src="http://network.manggaonline.com.my/publishers/widgets/76348/js/"></script>

Thursday, October 7, 2010

keladi beracun

 
 
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera.
Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini
segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun
yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit.
Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini
yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
 
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan.
Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam
pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
 
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda .
Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
 
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai “food poisoning”.

Saturday, October 2, 2010

http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Kejuruteraan_%28J%29.pdf

Thursday, September 30, 2010

Bumi baru.

Planet digelar Bumi Baru ditemui


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.
Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.
Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.
Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii

Wednesday, September 29, 2010

Wiring

Sesiapa yang memerlukan khidmat untuk memasang lampu, kipas, soket, air cond, wiring @ ape sahaja masalah berkenaan pemasangan elektrik... bolehlah hubungi saya di 0127660893. Harga boleh d runding.

Kek coklat.

Kek coklat buatan isteriku... sesiapa berminat boleh tempah pada saya. Saiz kek 1/2kg, harga Rm 25.00. Sekitar melaka sahaja. 0127660893.

blog sulung aku

Assalamualaikum.....
Terima kasih aku ucapkan pada semua yang sudi melawat blog sulung aku ni.